
![]() |
MAJALAH REMAJA 15 FEB 2014
weiii !!! aku xsangka aku punya cerpen akan disiarkan jugak. Haha. Mcm funny pulakk bila baca cerpen sendiri. Tapi, untuk masa ni aku kena stop utk cerpen2 nii coz aku ada lagi dua sem yang amat mencabar yang harus aku tempuhi this years. Aku happy sangat time tau cerpen aku akan disiarkan :D Okay lah setakat ni sahaja yaa aku update . Nanti ada masa pasti aku akan update lagi :P
“kau
ni bodoh ka buta ha! Suka hati mak kau ja langgar aku. Ingat bahu aku ni besi
ka? Sakit pula hati aku dengan kau ni. “ marahku . Geram apabila ada orang yang
melanggarnya tetapi langsung tidak memohon maaf dan itu menjadi satu
kepantangan dalam hidupnya.“Hoi, sudah laa tu fir kau marah macam mana pun
bukan kau boleh jumpa mamat tu balik. And kalau kau jumpa pun kau nak dia buat
apa? Suruh kahwin dengan kau. Huh! “ soal Mardiah mengejek . Ish minah sorang
ni memang dah lama kut tak makan penumbuk aku ni. Karang sia-sia sahaja hidup
dekat dunia ni. “Huish, mulut kau jangan kang makan penumbuk aku baru tau.
Simpang malaikat 44 aku nak dekat mamat tu.Dahlah kau jangan kacau aku lagi,
pergi buat kerja kau tu.“ getuskusambil menghalau Mardiah dari bilik pejabatku
.
Aku
berjalan-jalan di tepi laut sambil memandang ke laut yang kelihatan tenang itu
. Tanpa sesiapa pun menyedari bahawa suatu hari air yang bergelora itu akan
memusnahkan seluruh isi penduduk alamini . Dan sepertimana hati aku juga,
akhirnya aku bertemu jua dengan si mamat yang melanggar aku tanpa meminta maaf
itu .“HOI!!! Encik biadab ! Encik biadab !sini lah ngok ! “ jeritku sekuat hati
dan berharap agar mamat itu memalingkan tubuhnya . Dan seperti yang dijangka
lelaki itu pun turut menoleh untuk melihat apa yang berlaku . Lelaki tersebut
amat terkejut apabila melihat seorang perempuan menjerit menyuruhnya berhenti .
“woi, kau ni buta ke peka kea pa ha!!! Penat tau aku jerit-jerit panggil kau !“
marahku . “Maaf ya cik ?“ Tanya Firzuan . “ cik Firzana. “ jawabku . “eh, nama
kita lebih kuranglah kan saya Firzuan . hehe . Anyway kenapa cik Firzana ni
dari jauh-jauh menjerit dekat saya. Mahu tandatangan saya ke ?“ Firzuan bertanya sambil mengenyit mata dan memberikan senyumannya yang menawan . “Ish,
mamat ni ingat aku ini hadap sangat kut dengan dia . Mentang-mentanglah muka tu
hensem sikit macam Syukri Yahya“ desis hatiku malah sempat lagi aku memuji
kekacakan mukanya itu . “ Maaf ya encik Firzuan saya tak kisahlah siapa pun
awak. Tetapi please ya jangan perasan sangat boleh. Saya nak awak minta maaf ja
sebab awk pernah langgar bahu saya dekat cafeteria hari tu .sakit tahu tak !? “
ujarku sambil menahan rasa amarah . “ Yeke, maaf ya saya tak sengaja sangat
.saya tengah rushing masa waktu tu. Tak sempat
nak minta maaf dekat awak . Maafkan saya ya. Saya pun hampir-hampir lupa akan peristiwa
tersebut . Nasib jumpa awak balik boleh la saya minta maaf.“ kata Firzuan
dengan bersungguh-sungguh . Terpana aku melihat kesungguhannya memohon maaf,
tidak aku sangka dia sanggup minta maaf. Aku fikir mungkin dia yang akan
memarahiku. “ Baiklah, saya maafkan awak. Okay la saya minta diri dulu ya .see
you again. “ kataku sambil berlalu meninggalkannya .
Sejak
peristiwa tersebut, aku dengan Firzuan menjadi semakin rapat dan kami banyak
berkongsi cerita . Dalam diam aku mula mencintainya, tetapi aku tahu mustahil
untuk dia membalas cintaku kerana dia bakal bertunang tidak lama lagi dengan
pilihan keluarganya .
“Mar,
aku rasa aku sudah jatuh cinta la dengan Zuan . “ luahku kepada Mardiah . “haha .kau ni lawak
la dulu kau kata simpang 44 malaikat la apa la sekarang sudah angau pulak dekat
Zuan tu . Tapi Fir kan Zuan tu sudah nak bertunang . Kau luah tak lagi perasaan
kau ni dekat dia ?“ soal Mardiah . “ Tu semua dulu masa aku tak kenal dia lagi
.hmm . Aku tahu dia sudah nak bertunang
tu yang aku lemah sangat ni . Aku takut aku tak boleh control perasaan
aku ni .” lesu aku membalas jawapan kepada Mardiah . “Parah juga kes kau ni .
Aku nak komen banyak pun tak reti sangat bab ni . Tetapi satu ja nasihat aku
kau cubalah belajar lupakan dia . Aku tahu kau mesti boleh punya . Aja Aja
Fighting !“ balas Mardiah dengan penuh semangat agar dapat menceriakan aku .
Aku sangat menghargai keprihatinannya tetapi untuk melupakan Firzuan amat sulit
sekali bagi aku .
Firzuan
mengajak aku makan tengah hari bersama-samanya . Semasa menunggu Firzuan
mengambilku , tiba-tiba tangan aku direntap kasar oleh seseorang . Ternyata itu
tunangan Firzuan . Aku mengenalinya sewaktu terserempak dengan Firzuan di
shopping complex suatu dahulu . “HOI PEREMPUAN !!!kau ni memang tak tahu malu
kan nak kacau tunangan orang . Sedar la sikit
siapa diri kau tu . Dasar perempuan murahan !“ sergahAmaliana .
Terpinga-pinga aku akan tuduhan yang dilemparkan oleh Amaliana terhadapku .
Sungguh berat pertuduhan itu untuk aku terima . “Maaf ya Liana, saya rasa awak
mungkin sudah salah sangka kerana saya dengan Zuan hanyalah kawan biasa sahaja
tidak lebih dari itu . “ jelasku sambil menahan air mata dari menitis . Firzuan
sampai tepat pada masanya apabila Amaliana bertindak ingin menampar mukaku .
“Stop it Lia! U ni kenapa ? Kena rasuk ke apa ha ?ni kawan I la . U jangan
melampau sangat !“ marah Firzuan kepada Amaliana . “Lepaslah! U tu yang kenapa
asyik nak berkepit ja dengan perempuan sial ni . I ajak keluar ada saja alasan
u kan ! Siapa tak marah . I ni bakal tunang u tau . U tak
cintakan I ke ?“ bentak Amaliana sambil merengek meminta perjelasan Firzuan .
Aku melihat Firzuan seolah-olah sukar untuk memberi jawapannya
tu . Firzuan menarik nafas dahulu sebelum berbicara .“ Mestilah I
sayangkan u . Kalau I tak sayangkan u takkan I nak bertunang dengan u kan ?“ jelas
Firzuan dengan tenang . Namun jawapan Firzuan itu menyentap perasaan aku . Aku
berlari meninggalkan Firzuan dengan Amaliana di situ . Dan aku sempat melihat
Amaliana tersenyum sinis kepada ku, mungkin tanda kemenangan baginya .
Sudah
lebih setahun aku tidak berhubung dengan Firzuan . Bukan Firzuan tidak pernah
menghubungiku, Cuma aku yang tidak pernah mahu membalasnya . Namun begitu, aku
sering juga mengambil tahu akan tentang diri Firzuan melalui Mardiah kerana
saat ini aku sudah berada jauh dari Malaysia . Aku mengambil keputusan untuk
melanjutkan PhD di Australia . Firzuan
sudah pun bertunang dengan Amaliana . Sama ada mereka sudah berkahwin atau
belum aku tidak dapat mengetahuinya kerana Mardiah beritahu bahawa mereka sudah
berpindah selepas bertunang .Walaubagaimanapun
aku cuba melupakannya sehingga ke saat ini perasaan itu sukar untuk hilang .
Semasa
aku tengah berjalan untuk ke kuliah ku, tiba-tiba aku berasa pandanganku
menjadi gelap . Doktor mengesahkan aku menghidap penyakit kanser payu dara di
peringkat akhir dan amat kritikal . Patutlah sejak kebelakangan ini aku sering
merasa sakit-sakit . Namun aku endahkan sahaja kerana aku amat takut untuk
pergi ke hospital apatah lagi untuk mendapatkan rawatan . Aku mengambil
keputusan untuk pulang ke Malaysia dan berjumpa dengan Firzuan untuk kali
terakhir .
Orang
pertama yang aku berjumpa adalah Mardiah . Mardiah sudah pun berkahwin dan
mempunyai seorang anak .“ Wei, aku rindu kau la . Lama gila tak jumpa kan .
Makin kurus pulak aku tengok kau ni .“ jerit Mardiah yang teruja melihat
kehadiranku . “ Haha . Mestilah aku kena kurus aku kan nak masuk Miss World .
Apalah kau ini .“ kataku yang juga
gembira melihatnya . “ Eh, kau ada jumpa dengan Zuan tak ? Aku ada benda nak
jumpa dengan dia .Urgent !“ kataku .”Ada . Dia sudah pun berkahwin dengan
Amaliana tiga bulan lepas . Tapi … “
kata Mardiah tanpa meneruskan kata-katanya . Aku menjadi hairan dengan Mardiah
apa yang sebenarnya dia ingin memberitahu aku . Aku bukannya akan menjadi gila
apabila mengetahui mereka sudah berkahwin atau bakal mempunyai anak .
Sememangnya aku bukanlah seorang perampas . Aku rela asalkan mereka bahagia .“
Sebenarnya Zuan tak bahagia Fir . Dia menderita setelah kau pergi dan dia
menyedari bahawa dia juga turut mencintai kau . Walaupun mereka berkahwin tapi
mereka tak pernah bahagia kerana Amaliana berlaku curang di belakang Zuan . Dia tak pernah mencintai Zuandan
mereka berkahwin pun hanya permintaan keluarga sahaja . “ cerita Mardiah sambil mengusup belakang
aku meminta agar aku bersabar dengan apa yang menimpa kepada Firzuan .
Akhirnya
aku dapat juga berjumpa dengan Firzuan di tempat pertama kali kami berjumpa di
bangunan pejabat tempat kerja aku dahulu . Aku dapat rasakan betapa
menderitanya Firzuan dari pandangan mataku tentu dia sangat kehilangan dengan
pemergian aku ke Australia dahulu . Tapi itu hanya sementara dan aku berharap
dia sanggup tabah bila aku pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya . “Awak, saya harap awak
akan sabar apa yang berlaku . Sebenarnya
saya … “ sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku terus aku tak sedarkan
diri . Mungkin inilah takdir untuk aku .
Firzana
pergi jua meninggalkan Firzuan akhirnya untuk selama-lamanya . Firzuan amat
kesal kerana tidak meluahkan perasaannya suatu ketika dahulu . Kini semuanya
hanya tinggal kenangan . Mardiah memberi
surat yang diamanatkan
kepadanya sekiranya sesuatu terjadi
kepada Firzana kepada Firzuan . “Zuan,
aku harap kau tabah dengan semua ini . Yang pergi akan pergi jua kita yang hidup ini perlu teruskan kehidupan . Aku pun
awalnya terkejut juga macam kau . Arwah tak pernah menceritakan penderitaan yang
dialaminya . Sabar ya .” kata Mardiah dan berlalu meninggalkan Firzuan yang
masih lagi di perkuburan Firzana . Firzuan pun bergerak menuju ke keretanya dan
membaca surat itu .
Assalamualaikum,Awak apa khabar ?mungkin setelah awk baca surat ni saya sudah tiada di bumi milik Allah S.W.T ini . Saya harap awak akan menjadi orang yang tabah dan sabar dalam menempuh dugaan yang akan datang . Mungkin sudah tersurat jodoh kita tiada . Saya juga mengharapkan awak akan berjumpa seorang wanita yang memang ditakdirkan untuk awak dan mampu membuat awak tersemyum kembali . Maafkan saya kerana pernah meninggalkan awak . Saya tak kuat untuk melihat awak berkahwin dengan Amaliana sebab itu saya mengambi keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara . Dan sudah menjadi takdir saya yang saya akan meninggalkan awak terlebih dahulu kan ?haha . Saya reda dan tawakal dengan apa yang bakal terjadi . Saya hanya nak awak tahu bahawa saya mencintai awak dulu, kini dan mungkin selamanya sehingga nafas terakhir saya …
Air
mata yang cuba ditahan oleh Firzuan akhirnya menitis jua . “Awak, saya pun
turut mencintai awak . Maafkan saya kerana lambat mengungkapkan perasaan saya
ini sehingga akhirnya kita yang menderita . Saya berjanji sayang yang saya akan
menjadi orang yang tabah dan akan sentiasa mengingati awak walaupun mungkin ada
wanita lain yang bakal menghuni hati saya ini suatu hari nanti .“ rintih
Firzuan …