
“kau
ni bodoh ka buta hah! Suka hati mak kau jer langgar aku. Ingat bahu aku ni besi
ka? Sakit pula hati aku dengan kau ni.” marahku. Geram apabila ada orang yang
melanggarnya tetapi langsung tidak reti nak minta maaf dan itu memang menjadi
satu kepantangan dalam hidupnya.
“Hoi,
sudah laa tu Fir kau marah macam mana pun bukan kau boleh jumpa mamat tu balik.
And kalau kau jumpa dia sekalipun kau nak dia buat apa? Suruh kahwin dengan
kau. Hahaha!” soal Mardiah mengejek .
Ish
minah sorang ni memang dah lama kot tak makan penumbuk aku ni. Karang sia-sia
sahaja hidup dekat dunia ni.
“Hish,
mulut kau jangan… kang makan penumbuk aku baru tau. Simpang malaikat 44 aku nak
dekat mamat tu. Dahlah kau jangan kacau aku lagi, pergi buat kerja kau tu.” getusku
sambil menghalau Mardiah dari bilik pejabatku .
Aku
berjalan-jalan di tepi laut sambil memandang ke laut yang kelihatan tenang itu.
Tanpa sesiapa pun menyedari bahawa suatu hari air yang bergelora itu akan
memusnahkan seluruh isi penduduk alam ini. Dan sepertimana hati aku juga,
akhirnya aku bertemu jua dengan si mamat yang melanggar aku tanpa meminta maaf
itu.
“Hoi!
Encik biadab! Encik biadab! sinilah wei!” Jeritku sekuat hati dan berharap agar
mamat itu memalingkan tubuhnya. Dan seperti yang dijangka lelaki itu pun turut
menoleh untuk melihat apa yang berlaku. Lelaki tersebut amat terkejut apabila
melihat seorang perempuan menjerit menyuruhnya berhenti.
“Woi, kau ni buta ke peka ke pa ha!!! Penat
tau aku jerit-jerit panggil kau !” marahku.
“Maaf ya cik…….?” Tanya Firzuan.
“ Cik Firzana” jawabku.
“Eh, nama kita lebih kuranglahkan…Nama saya
Firzuan. Hehe. Anyway kenapa cik Firzana ni dari jauh-jauh menjerit dekat saya.
Mahu tandatangan saya ke ?” Firzuan
bertanya sambil mengenyit mata dan memberikan
senyumannya yang menawan.
“Ish, mamat ni… Ingat aku ini hadap sangat kot
dengan dia. Mentang-mentanglah muka tu hensem sikit macam Syukri Yahya.” desis
hatiku malah sempat lagi aku memuji kekacakan mukanya itu.
“Maaf ya encik Firzuan saya tak kisahlah siapa
pun awak. Tetapi please ya jangan perasan sangat boleh. Saya nak awak minta
maaf ja sebab awk pernah langgar bahu saya dekat cafeteria hari tu. Sakit tahu
tak!” ujarku sambil menahan rasa amarah.
“Laa
ye ke, maafkanlah saya ya. Saya tak sengaja sangat. Sebenarnya saya tengah
rushing masa waktu tu. Tak sempat nak
minta maaf dekat awak. Jadi maafkan saya ya. Saya pun hampir-hampir lupa akan peristiwa
tersebut. Nasib jumpa awak balik, boleh la saya minta maaf.” kata Firzuan dengan
bersungguh-sungguh. Terpana aku melihat kesungguhannya memohon maaf. Tidak aku
sangka dia sanggup minta maaf. Aku fikir mungkin dia yang akan memarahiku.
“
Baiklah, saya maafkan awak. Okay la saya minta diri dulu ya. See you again.” kataku sambil berlalu meninggalkannya .
Sejak
peristiwa tersebut, aku dengan Firzuan menjadi semakin rapat dan kami banyak
berkongsi cerita. Tanpa disedari, dalam diam aku seakan mula mencintainya. Tetapi
aku tahu mustahil untuk dia membalas cintaku kerana dia bakal bertunang tidak
lama lagi dengan pilihan keluarganya.
“Mar,
aku rasa aku sudah jatuh cinta laa dengan Zuan.” luahku kepada Mardiah.
“Hahaha. kau ni lawak la… Dulu kau kata
simpang 44 malaikat laa apa laa, sekarang sudah angau pulak dekat Zuan tu. Tapi
Fir kan Zuan tu sudah nak bertunang. Kau dah luah lom perasaan kau ni dekat dia?” soal Mardiah.
“ Tu semua dulu masa aku tak kenal dia lagi.
Hmm... Aku tahu dia sudah nak bertunang
tu yang aku lemah sangat ni. Aku takut aku tak boleh control perasaan
aku ni.” lesu aku membalas jawapan kepada Mardiah.
“Parah juga kes kau ni . Aku nak komen banyak
pun tak reti sangat bab ni. Tetapi satu jer laa nasihat, aku kau cubalah
belajar lupakan dia. Aku tahu kau mesti boleh punya. Aja Aja Fighting!” balas
Mardiah dengan penuh semangat agar dapat menceriakan aku. Aku sangat menghargai
keprihatinannya tetapi untuk melupakan Firzuan amat sulit sekali bagi aku.
Firzuan
mengajak aku makan tengah hari bersama-samanya. Semasa menunggu Firzuan
mengambilku, tiba-tiba tangan aku direntap kasar oleh seseorang. Ternyata itu
tunangan Firzuan. Aku mengenalinya sewaktu terserempak dengan Firzuan di
shopping complex suatu dulu.
“HOI PEREMPUAN!!! Kau ni memang tak tahu malu
kan nak kacau tunangan orang. Sedar laa sikit
siapa diri kau tu. Dasar perempuan murahan !” sergahAmaliana.
Terpinga-pinga
aku akan tuduhan yang dilemparkan oleh Amaliana terhadapku. Sungguh berat pertuduhan
itu untuk aku terima. “Maaf ya Liana, saya rasa awak mungkin sudah salah sangka
kerana saya dengan Zuan hanyalah kawan biasa sahaja tidak lebih dari itu.”
jelasku sambil menahan air mata dari menitis.
Firzuan sampai tepat pada masanya apabila
Amaliana bertindak ingin menampar mukaku. “Stop it Lia! You ni kenapa ? Kena
rasuk ke apa haa? Ni kawan I laa. You jangan melampau sangat!” marah Firzuan
kepada Amaliana.
“Lepaslah! You tu yang kenapa asyik nak
berkepit jer dengan perempuan ni. You tak cintakan I ke?” bentak Amaliana
sambil merengek meminta perjelasan Firzuan.
Aku
melihat Firzuan seolah-olah sukar untuk memberi
jawapannya tu. Firzuan menarik
nafas dahulu sebelum berbicara. “ Mestilah I sayangkan you. Kalau I tak
sayangkan you takkan I nak bertunang dengan you kan?” jelas Firzuan dengan
tenang. Namun jawapan Firzuan itu menyentap perasaanku. Aku berlari
meninggalkan Firzuan dengan Amaliana di situ. Dan aku sempat melihat Amaliana
tersenyum sinis kepadaku, mungkin tanda kemenangan baginya.
Sudah
lebih setahun aku tidak berhubung dengan Firzuan. Bukan Firzuan tidak pernah
menghubungiku, cuma aku yang tidak pernah mahu membalasnya. Namun begitu, aku
sering juga mengambil tahu akan tentang diri Firzuan melalui Mardiah kerana
saat ini aku sudah berada jauh dari Malaysia. Aku mengambil keputusan untuk
melanjutkan PhD di Australia. Firzuan
sudah pun bertunang dengan Amaliana. Sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,
aku tidak dapat mengetahuinya kerana Mardiah beritahu bahawa mereka sudah
berpindah selepas bertunang. Walaubagaimanapun
aku cuba melupakannya sehingga ke saat ini perasaan itu sukar untuk hilang.
Semasa
aku tengah berjalan untuk ke kuliah ku, tiba-tiba aku berasa pandanganku
menjadi gelap. Doktor mengesahkan aku menghidap penyakit kanser payu dara di peringkat
akhir dan amat kritikal. Patutlah sejak kebelakangan ini aku sering merasa
sakit-sakit. Namun aku endahkan sahaja kerana aku amat takut untuk pergi ke
hospital apatah lagi untuk mendapatkan rawatan. Aku mengambil keputusan untuk
pulang ke Malaysia dan berjumpa dengan Firzuan buat kali terakhir .
Orang
pertama yang aku berjumpa adalah Mardiah. Mardiah sudah pun berkahwin dan
mempunyai seorang anak. “Wei, aku rindu kau laa. Lama gila tak jumpa kan. Makin
kurus pulak aku tengok kau ni” jerit Mardiah yang teruja melihat kehadiranku.
“Hahaha.
Mestilah aku kena kurus, aku kan nak masuk Miss World. Apalah kau ini.” kataku yang juga gembira melihatnya.
“Eh,
kau ada jumpa dengan Zuan tak? Aku ada benda nak jumpa dengan dia. Urgent!”
kataku.
“Ada.
Dia sudah pun berkahwin dengan Amaliana tiga bulan lepas. Tapi…” kata Mardiah
tanpa meneruskan kata-katanya. Aku menjadi hairan dengan Mardiah apa yang sebenarnya
dia ingin memberitahu aku. Aku bukannya akan menjadi gila apabila mengetahui
mereka sudah berkahwin atau bakal mempunyai anak. Sememangnya aku bukanlah
seorang perampas. Aku rela asalkan mereka bahagia.
“Sebenarnya
Zuan tak bahagia Fir. Dia menderita setelah kau pergi dan dia menyedari bahawa
dia juga turut mencintai kau. Walaupun mereka berkahwin tapi mereka tak pernah
bahagia kerana Amaliana berlaku curang
di belakang Zuan. Dia tak pernah mencintai
Zuan dan mereka berkahwin pun hanya permintaan keluarga sahaja.” cerita Mardiah
sambil mengusup belakang aku meminta agar aku bersabar dengan apa yang menimpa
kepada Firzuan.
Akhirnya
aku dapat juga berjumpa dengan Firzuan di tempat pertama kali kami berjumpa di
bangunan pejabat tempat kerja aku dahulu. Aku dapat rasakan betapa menderitanya
Firzuan dari pandangan mataku, tentu dia sangat kehilangan dengan pemergian aku
ke Australia dahulu. Maafkan aku Firzuan, tapi itu hanya sementara dan aku
berharap dia sanggup tabah bila aku pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.
“Awak, saya harap awak akan sabar apa yang
berlaku. Sebenarnya saya…” Sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku, terus
aku tak sedarkan diri. Mungkin inilah takdir untuk aku.
Akhirnya,
Firzana pergi jua meninggalkan Firzuan untuk selama-lamanya. Firzuan amat kesal
kerana tidak meluahkan perasaannya suatu ketika dahulu. Kini semuanya hanya
tinggal kenangan. Mardiah memberi surat yang diamanatkan kepadanya sekiranya
sesuatu terjadi kepada Firzana kepada Firzuan.
“Zuan,
aku harap kau tabah dengan semua ini. Yang pergi akan pergi jua kita yang hidup ini perlu teruskan kehidupan. Aku pun awalnya
terkejut juga macam kau. Arwah tak pernah menceritakan penderitaan yang
dialaminya. Sabar ya.” kata Mardiah dan berlalu meninggalkan Firzuan yang masih
lagi di perkuburan Firzana. Firzuan pun bergerak menuju ke keretanya dan
membaca surat itu.
Assalamualaikum,
Awak apa khabar? Mungkin setelah awk baca surat ni saya sudah tiada
di bumi milik Allah S.W.T ini. Saya harap awak akan menjadi orang yang tabah
dan sabar dalam menempuh dugaan yang akan datang. Mungkin sudah tersurat jodoh
kita tiada. Saya juga mengharapkan awak akan berjumpa seorang wanita yang
memang ditakdirkan untuk awak dan mampu membuat awak tersenyum kembali. Maafkan
saya kerana pernah meninggalkan awak. Saya tak kuat untuk melihat awak
berkahwin dengan Amaliana sebab itu saya mengambil keputusan untuk melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. Dan sudah
menjadi takdir saya yang saya akan meninggalkan awak terlebih dahulu. Saya reda
dan tawakal dengan apa yang bakal terjadi. Saya hanya nak awak tahu bahawa saya
mencintai awak dulu, kini dan mungkin selamanya sehingga nafas terakhir saya…
Air
mata yang cuba ditahan oleh Firzuan akhirnya menitis jua.
“Awak… Saya pun turut mencintai awak. Maafkan
saya kerana lambat mengungkapkan perasaan saya ini sehingga akhirnya kita yang
menderita. Saya berjanji sayang yang saya akan menjadi orang yang tabah dan
akan sentiasa mengingati awak walaupun mungkin ada wanita lain yang bakal
menghuni hati saya ini suatu hari nanti .”
Rintih Firzuan kesal…